HALAMAN SANTAI

Khamis, 16 Januari 2020

Tak perlu hukum kakitangan kritik saya, Syed Saddiq

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (tengah) dan timbalannya, 
Steven Sim Chee Keong (6 dari kanan) bergambar dengan kakitangan 
KBS pada hari pertama mereka memulakan tugas di kementerian 
itu pada 3 Julai 2018. (Gambar Bernama)
 
PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengarahkan kementeriannya tidak mengambil tindakan terhadap seorang kakitangan yang mendapat surat tunjuk sebab kerana mencacinya di media sosial.

Katanya, beliau tidak mahu budaya kerajaan terdahulu berulang.

“Saya terima kritikan dengan hati yang terbuka.

“Dahulu saya dibuang kerja kerana kritik Barisan Nasional (BN),” katanya di Intagram hari ini.

Beliau berkata demikian selepas KBS memberi surat tunjuk sebab kepada seorang kakitangan yang mengkritiknya dan memberi tempoh 7 hari untuk beliau memberi penjelasan atau akan dikenakan tindakan.

Dalam surat itu, kakitangan terbabit dikatakan melanggar Klausa 5 (1) dalam Perjanjian Program Felo Korporat yang menyatakan mereka tidak boleh melakukan salah laku yang akan menjatuhkan nama baik felo, syarikat atau kerajaan.

Menurut surat itu, kritikan kakitangan terbabit di Twitter sudah menjejaskan imej dan nama baik kerajaan.

Tiada ulasan: