Tiada bukti saintifik untuk menyokong dakwaan bahawa penggunaan bawang merah mampu merawat influenza, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Beliau berkata sebaliknya orang ramai digalakkan mengamalkan penjagaan kebersihan diri serta mengambil pemakanan seimbang bagi mengelak penularan jangkitan berkenaan.
"Bagaimanapun, tidak salah untuk mengamalkan petua seperti meletakkan hirisan bawang merah atau menggunakan semburan pembunuh kuman asalkan ia tidak berlebih-lebihan dan mencetuskan panik.
Dr Lee diminta mengulas mengenai dakwaan segelintir netizen dalam laman sosial yang mendakwa hirisan bawang merah yang diletakkan di persekitaran kawasan kediaman mampu menyerap virus influenza dari terkena jangkitan kepada manusia.
Beliau berkata, 5G yang mengeluarkan radiasi elektromagnetik adalah jauh lebih rendah daripada radiasi yang dikeluarkan oleh telefon pintar atau pancaran sinaran matahari.
"Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan akan terus melakukan pemantauan dengan bekerjasama WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) di stesen pemancar yang besar dengan garis panduan yang ditetapkan," katanya.
Isu 5G menjadi perdebatan ramai apabila terdapat dakwaan menyatakan ia boleh membahayakan kesihatan seperti menyebabkan kanser, sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai mengenai penggunaan teknologi itu.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan