HALAMAN SANTAI

Ahad, 2 Februari 2020

Apabila terompah kayu bersuara

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR 
 
 

ISUNYA ugutan Timbalan Setiausaha Agung DAP Nga Kor Ming bahawa DAP akan keluar meninggalkan PH jika kerajaan gagal iktiraf sijil UEC.

Ugutan ini sebagaimana saya ulas dalam posting saya terdahulu membuktikan betapa DAP hari ini adalah kuasa penentu dalam kerajaan. Jika tak iktiraf kami akan bertindak keluar maka robohlah kerajaan.

Goyang dan gigillah parti lain yang berada dalam kerajaan termasuklah yang melukut di tepi gantang.

Selepas kenyataan Nga itu tercetuslah polemik benarkah ancaman DAP itu?

Sepatutnya yang perlu ulas dan jelaskan perkara ini adalah kalangan pimpinan DAP sendiri kerana ini melibatkan sikap dan pendirian parti mereka. Adakah kenyataan Nga itu mewakili DAP?

Tiba-tiba yang muncul beri penjelasan bukannya Guan Eng, Anthony Loke, Gobind atau jurucakap DAP. Yang bangkit Mohd Sabu, Presiden PAN, rakan terkecil dalam PH yang barangkali sedang goyang dan gigil kuat.

Ini isu DAP mengapa Mohd Sabu pula yang beri penjelasan.

Terbuktilah PAN cukup kuat mendukung DAP hingga rumahtangga dan apa dalam kelambu DAP mereka tahu jika tidak masakan Mohd Sabu berani bersuara begitu.

Tahniah kerana menzahirkan peranan PAN sebagai terompah kayu DAP yang sebelum ini kita sekadar berteka-teki.  – HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: