Majoriti rakyat merasai bimbang dengan identiti negara yang seakan cuba dicarik-carikkan.
Keceluparan dan tindakan yang bersifat perkauman menjadi-jadi. Perkembangan ekonomi yang semakin sukar dan merunsingkan.
Dalam masa yang sama, tidaklah rakyat mahu hidup di bawah pemerintahan yang penuh korupsi dan penyalahgunaan kuasa.
Tidak juga mahu negara jatuh ke tangan mereka yang boleh menjadi alat kepada pihak yang anti Islam.
Apakah akan dibiarkan keadaan sebegini berlarutan?
Dalam keadaan ini, kita merasakan satu pembentukan kabinet yang
terdiri dari gabungan ahli-ahli parlimen yang lebih dapat memelihara
identiti dan perlembangaan negara, berintegriti, berwawasan, mengukuhkan
ekonomi, menghormati Islam dan institusi asas negara, menyelamatkan
negara dari provokasi perkauman yang membimbangkan, bebas dari pemikiran
liberalisme yang melampau, bebas dari korupsi, tidak menjadi alat
kepada pihak yang anti-Islam, mempunyai pendekatan Islam yang moderate
dan luas konsepnya.
Tokoh-tokoh politik berwibawa dalam kerajaan dan luar kerajaan perlu bekerjasama membentuk satu gabungan yang lebih menyelamatkan keadaan, meyakinkan dan membangunkan negara atas landasan diterima oleh majoriti rakyat.
Marilah kita mendoakan agar hal itu terjadi dan negara ini diselamatkan.
*Dipetik dari Facebook MAZA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan