KUALA LUMPUR – Usahawan kosmetik, Muhammad Sajad Kamaruz Zaman atau dikenali Sajat dinasihatkan supaya segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
Nasihat itu, yang disampaikan Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Kapten (K) Haslihelmy DM Zulhasli agar Sajat yang mencetuskan imej tidak baik ketika di Mekah kembali menjadi manusia normal.
“Saya tahu saudara sangat popular dan kaya. Kerana kekayaan itu saudara gunakan untuk kaburi pengikut saudara untuk sokong perbuatan haram ini. Lebih baik hentikan keegooan saudara yang selama ini merasakan apa yang saudara buat itu tidak salah.
“Selama ini kita sudah terlalu berlembut hingga kemuncaknya saudara persendakan agama ini di tanah haram Mekah. Bertelekung dan menunaikan umrah sebagai seorang perempuan walaupun saudara seorang lelaki.
“Ini perbuatan biadab. Saya tidak boleh bayangkan seorang lelaki dengan selambanya masuk tandas wanita dan melihat aurat isteri atau saudara perempuan orang lain,” katanya kepada media hari ini.
Haslihelmy berkata, tidak ada lelaki rasional akan membiarkan kegilaan itu berlaku dan ia belum lagi soal isu duduk di saf perempuan serta seumpamanya.
Beliau juga marah apabila Sajat seolah mencabar Allah dengan menyatakan jika dirinya berdosa, Allah akan bayar cash kepadanya di Mekah.
“Mari sini saya beritahu, Abu Jahal dan Abu Lahab juga tinggal di Mekah. Mereka tidak ditimpa musibah serta merta walaupun memerangi nabi tetapi lihat saja bagaimana kematian kedua-dua mereka itu.
“Mereka mati dalam keadaan hina dan adakah saudara mahu mati dihina seperti itu?” soal beliau.
Kata beliau, Sajat tidak perlu takut perniagaannya akan lingkup sekiranya kembali kepada fitrah asal jadinya sebagai lelaki kerana Allah boleh tarik bila-bila masa kemewahaan yang dinikmatinya.
“Bertaubatlah segera kepada Allah. Apa yang saudara takutkan kalau bertaubat? Takut perniagaan melingkup kerana tidak dapat jual bengkung dan kosmetik kecantikan? Bertakwalah kepada Allah.
Kekayaan itu tidak boleh dibawa masuk ke dalam lubang kubur pun.
“Ingatlah, Allah bagi saudara kaya, Allah juga boleh miskin dan papa kedanakan saudara. Saudara jangan bongkak dan takbur. Sudah jauh saudara ini dari jalan yang lurus.
“Selama ini, saudara sedar atau tidak yang saudara hanya menyemarakkan lagi maksiat di tanah air ini? Berapa ramai lelaki terinspirasi hendak jadi perempuan jadian hanya kerana terpengaruh dengan saudara?” soalnya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan