Sebuah NGO hari ini melahirkan kebimbangan mereka susulan mendapati bahawa cadangan pembinaan Lebuhraya Pan Island Link I (PIL I) terletak terlalu dekat dengan tiga kawasan sumber air Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) di bukit Air Itam.
Penang Hills Watch mendakwa bahawa kawasan sumber air tersebut dan koordinat geografinya mengikut Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 adalah seperti berikut:
- Arus utama Air Itam (5°23’58.70″U, 100°16’3.62″T)
- Arus tepi Air Itam (5°24’13.59″U, 100°15’52.45″T)
- Arus utama Tat (5°24’54.27″U, 100°16’45.26T)

"Kami mengesahkan lokasi geografi tiga kawasan sumber air itu berdasarkan lawatan ke tapak," kata NGO itu, dalam satu kenyataan.
"Kawasan sumber air ini adalah punca bekalan ke Empangan Air Itam dan akhirnya digunakan untuk kegunaan orang ramai di pulau itu," kata Penang Hills Watch.

Kos, kata NGO itu dianggarkan antara RM7.5 bilion hingga RM9.6 bilion untuk laluan sepanjang 19.5km, menjadikannya berjumlah RM385 juta hingga RM492 juta bagi setiap kilometer.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan