KUALA LUMPUR – Seorang wartawan wanita menjadi individu pertama didakwa di Mahkamah Majistret ini hari ini atas tiga pertuduhan menyebar berita palsu dipercayai berkaitan koronavirus bulan lalu.
Bagaimanapun,
tertuduh, Wan Noor Hayati Wan Alias, 41, mengaku tidak bersalah di atas
kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Tawfiq Affandy Chin
dan mohon dibicarakan.
Dengan wajah tenang, Wan Noor Hayati mahu beliau dibicarakan atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut.
Mengikut
ketiga-tiga pertuduhan, beliau dituduh membuat tiga pernyataan
berasingan menggunakan laman sosial Facebook atas nama ‘Ibu Yati’.
Wan
Noor Hayati didakwa membuat pernyataan itu dengan niat hendak
menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam atau mana-mana
golongan awam.
Kesemua tuduhan itu
di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah
Seksyen 505 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua
tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pada awalnya, Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azma meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh kerana keseriusan tuduhan tersebut.
Wan Noor Hayati tidak diwakili oleh mana-mana peguam bagi pihak dirinya ketika ini.
Buat seketika, Wan Noor Hayati kelihatan bimbang kerana kekurangan wang untuk jaminan.
Wan Noor Hayati membayar wang jaminannya kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
Mahkamah juga telah menetapkan sebutan kes itu pada 11 Mac ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan