HALAMAN SANTAI

Rabu, 19 Februari 2020

"Hadi Awang, baca dulu laporan sebelum label kami al-Maunah"

KINI TV

"Hadi Awang, baca dulu laporan sebelum label kami al-Maunah"

LIHT VIDEO DI SINI

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, dinasihatkan agar membaca dan memahami kandungan laporan kumpulan G25 sebelum melabel pertubuhan terbabit dengan al-Maunah.

Jurucakap G25, Noor Farida Ariffin, berkata kenyataan dibuat Abdul Hadi pada pertengahan Jan lalu mengaibkan, malah dikhuatiri akan mengapi-apikan golongan tertentu untuk bertindak di luar undang-undang.

Katanya, kata-kata tersebut merupakan kesalahan mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan, iaitu membuat kenyataan dengan niat hendak mengapi-apikan atau mungkin mengapikan golongan atau kaum melakukan kesalahan ke atas golongan atau kaum lain.

"Kandungan buku (laporan) itu bukan menghina Islam tapi merupakan laporan dan kajian terhadap pentadbiran Islam di Malaysia, khususnya melihat kepada peranan dan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini.

Noor Farida merujuk kepada laporan yang dikeluarkan kumpulan G25 - yang dianggotai bekas penjawat awam kanan kerajaan - bertajuk Administration of Matters Pertaining Islam.



Tiada ulasan: