
Pengerusi NAFAS, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, langkah itu diambil dalam usaha agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu membanteras aktiviti penyelewangan melibatkan orang dalam.
“Kita jadikan ini sebagai satu tempat untuk SPRM buat siasatan agar NAFAS dapat berdaya maju.
“Kita nak pastikan perjalanan NAFAS ini telus dan tidak berlaku ketirisan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Bagaimanapun menurut Phahrolrazi sehingga kini pihaknya masih lagi belum mendapat nama calon pegawai yang akan diletakkan di situ.
Tambah beliau, permohonan untuk mendapatkan pegawai tersebut sudah dibuat lebih sebulan lalu dan surat juga telah dihantar kepada SPRM bagi tujuan itu.
Katanya lagi, pihaknya masih menunggu persetujuan daripada agensi berkenaan dan menaruh keyakinan jawapan mengenai perkara itu akan dapat diketahui secepat mungkin.
Ditanya sama ada sebelum ini perkara itu pernah dilakukan, Phahrolrazi menjawab, ia merupakan kali pertama dilakukan oleh NAFAS dan turut dibuat oleh agensi-agensi lain selepas pentadbiran baru kerajaan pimpinan Pakatan Harapan. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan