Ustaz Hazizi Ab Rahman
Rakyat patut dididik berilmu untuk beradab, bukan cari makan
DALAM sebuah negara demokrasi, ada banyak kelompok yang bersaing mahu
didengari. Kalau tak didengari, ada yang bertindak tidak rasional, melakukan
tindakan-tindakan yang boleh mencetuskan ketidakstabilan.
Kumpulan
yang berkuasa pula, ambil kesempatan untuk menguatkuasakan pandangan kelompok
sendiri.
Kelompok
liberal ada pandangan sendiri, kelompok cauvinis Cina ada pandangan sendiri.
Kelompok Ikram ada pandangan sendiri, walaupun tak banyak beza dengan liberal.
Kelompok
liberal ada pengaruh ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad, begitu juga kelompok
ultra Melayu, selain kelompok kapitalis Cina.
Satu
kaedah penting untuk menyelesaikan masalah ini ialah sikap akur pada ilmu dan
kajian akademik.
Bagi
kelompok Islamis, tidak ada masalah untuk akur pada kajian akademik. Ini kerana
intipati Islam itu ialah hikmah. Hikmah itu boleh dicari dan dijumpai, jika
benar metodologinya dan metodologi itu diikuti dengan benar.
Ada
kajian akademik yang mengatakan pesta arak itu bagus? Ada kajian akademik yang
mengatakan pemandu mabuk itu bagus? Ada kajian akademik yang mengatakan wang
dan kekayaan lebih utama daripada kesihatan dan nyawa? Ada kajian akademik yang
mengatakan zina itu bagus?
Kecuali
kelompok Islamis celup, apabila puak LGBT pun mahu diraikan, apabila puak mabuk
mahu diraikan, apabila puak taksub bina kuil di tanah haram pun nak diraikan.
Sama
kes dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI).
Apabila
Dr Mahathir yang berkuasa tidak ambil roh yang patuh pada kajian akademik, maka
rakyat semakin suka berbalah tak berkesudahan, dalam sebuah negara yang
dibanggakan sebagai demokratik.
Tapi
itulah hakikatnya, kelemahan paling ketara dan buruk bagi sebuah sistem
demokrasi.
Hujah
akademik bukan ukuran. Kuasa dan populariti yang menentukan.
Sepatutnya,
orang yang berkuasa mendidik rakyat untuk berakademik. Berilmu pengetahuan.
Agar hidup beradab. Tetapi kerajaan mendidik rakyat ilmu itu untuk cari makan
saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan