PENAFIAN Setiausaha Akhbar
Menteri Pertahanan, Amin Shah Iskandar bahawa lawak roti john oleh
seorang menteri dalam satu artikel tiada kaitan dengan Mohamad Sabu
menimbulkan persoalan.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,
mengapa hanya Mohamad satu-satunya menteri yang terasa sedangkan penulis
tidak menyebut nama menteri.
“Penulis artikel berkenaan cuma kata ada Menteri PH yang sebut “Roti John”.
“Penulis tak sebut pun nama Mat Sabu.
“Kenapa pulak Mat Sabu satu-satunya Menteri PH sahaja yang panas?” tanya Najib.
Sebelum ini Amin Shah menegaskan lawak berkaitan roti John
dan seorang pengawai tinggi asing bernama John tidak ada kaitan dengan
Mohamad.
“Bukan menteri pertahanan. Sekiranya penulis sebut nama
menteri, kami akan saman mereka, tetapi mereka tidak namakan menteri,”
katanya kepada Malaysiakini.
Artikel mengenai seorang menteri membuat jenaka berkaitan
nama seorang pegawai tinggi asing bernama John dilaporkan dalam The Star
semalam bertajuk The Pakatan Harapan Wild Card. Artikel itu ditulis
oleh Philip Golingai.
Philip turut menceritakan perbualannya bersama seorang
diplomat, yang memberitahunya seorang menteri dari Malaysia bertemu
dengan seorang pegawai tinggi bernama John dari negaranya.
“Menteri kamu kata, ‘Nama kamu John. Di negara saya, ada
roti John. Jika kamu datang ke negara saya, saya boleh masakkan roti
John untuk kamu’,” tulis Philip dalam artikelnya.
Keratan artikel tersebut kemudiannnya dikongsi oleh netizen
di media sosial kerana ingin mengetahui menteri mana yang dimaksudkan
dalam rencana tersebut.-SM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan