HALAMAN SANTAI

Isnin, 17 Februari 2020

‘Roti John’? Tak Mampu Membanggakan, Janganlah Calar Maruah Negara – Hishammuddin




Jika dahulu bidas Ahli Parlimen Sembrong itu, kecoh negara ini dengan seorang menteri PH yang bercerita mengenai kisah gajah bertembung dalam satu persidangan antarabangsa.

“Kali ni kisah ‘roti John’ pula. Saya harap cerita ini palsu.

“Tetapi kalau sahih, ia amat mendukacitakan, apatah lagi ia dilakukan ketika mesyuarat yang membincangkan perihal keselamatan dunia,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook.

Baru-baru ini, sebuah media perdana mendedahkan seorang menteri kerajaan PH bertemu dengan seorang yang berkedudukan tinggi dari kerajaan negara luar bernama John berbincang mengenai hal ehwal keselamatan, dengan mengeluarkan kata-kata: “Nama anda John. Di negara saya ada ‘roti John’. Jika anda datang ke negara saya, saya akan masakkan ‘roti John’ untuk anda.”

Justeru, Hishammuddin menasihatkan menteri-menteri kerajaan PH.

“Satu sahaja nasihat saya kepada mana-mana menteri PH, kalau rasa tak mampu banggakan negara, janganlah pula melakukan tindakan yang berupaya mencalarkan maruah Malaysia di mata dunia,” tegasnya. – UMNO ONLINE

Tiada ulasan: