Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail beramah mesra
bersama peserta pada Majlis Pelancaran Program Biodiesil B20 Sektor
Pengangkutan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI
KUALA LUMPUR – “Oh, itu kena tanya sekretariat,” ringkas
jawapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
ketika ditanya siapakah yang bakal membawa usul tarikh peralihan kuasa
Dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, esok.
Isu peralihan kuasa Perdana Menteri itu dikatakan bakal dimuktamadkan esok.
Bagaimanapun, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Isnin lalu
memberitahu media, beliau tidak tahu sama ada isu tersebut bakal
dibangkitkan atau tidak.
Katanya, beliau hanya mempengerusikan sahaja mesyuarat berkenaan.
Minggu lepas, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas
mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri berkata, beliau cenderung
supaya Dr. Mahathir melepaskan jawatan selepas Sidang Kemuncak APEC 2020
selesai pada November depan.
Namun begitu, isu tersebut katanya, harus diputuskan secara muktamad
Dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari ini. –
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan