
KUALA LUMPUR – Seorang wanita tempatan ditemukan mati dengan beberapa kesan kelar pada badan di tempat letak kenderaan Jalan Merbah, Pusat Bandar Puchong Jaya, Puchong di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Asmadi Borhan berkata mangsa berumur dalam lingkungan 50-an dijumpai oleh orang awam yang kemudiannya memaklumkan kepada anggota unit pasukan peronda (MPV) yang bertugas di sekitar kawasan terbabit pada 10.30 malam.
“Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kelar pada badan mangsa
yang ditemukan terbaring berlumuran darah dan terdapat sebuah kereta
jenis Toyota Camry dipercayai milik mangsa dijumpai berhampiran,”
katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.— BERNAMA
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.— BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan