HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Julai 2021

MIC yakin kekal tanding 9 kerusi Parlimen, 18 DUN tradisi pada PRU15

Athirah Huda Zalhe

Mungkin minta kerusi tambahan dari BN yang dirasakan boleh menang

BANGI – MIC yakin kepimpinan Barisan Nasional (BN) akan memberikan parti itu peluang untuk bertanding di sembilan kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden MIC, Datuk C. Sivarrajh mendakwa, semua kerusi Parlimen dan DUN itu adalah kawasan tradisi yang diberikan BN dalam PRU sebelum ini.

Malah, beliau turut yakin MIC berpeluang diberikan beberapa lagi kerusi tambahan yang didakwanya berpotensi menang berdasarkan tahap sokongan dan demografi penduduk di kawasan terbabit.

Sivarrajh berkata, perkara itu adalah antara inti pati perbincangan yang sudah berlaku di dalam kepimpinan parti berkenaan.

“(Secara tradisi kita akan bertanding sembilan kerusi Parlimen dan 18 DUN dan kali ini kita akan kekalkan (kerusi itu) dan mungkin minta lebih kerusi yang kita rasa boleh menang.

“(Ini kerana) tak guna juga kalau minta kerusi banyak tapi tak boleh menang, pun rugi… sebab tak ada wakil daripada parti di peringkat kerajaan, itu salah satu faktor yang telah kami bincang dan diperhalusi di peringkat kepimpinan,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Sivarrajh mendakwa, parti itu masih mendapat keyakinan dan sokongan dalam kalangan orang India khususnya membabitkan golongan muda.

Katanya, wakil-wakil MIC juga mampu menjadi alternatif bagi menggantikan pimpinan Pakatan Harapan (PH) termasuk di Kedah, sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU akan datang.

Tiada ulasan: