HALAMAN SANTAI

Sabtu, 24 Julai 2021

‘Saya tak percaya dapur rakyat penuh dengan bantuan’, Najib bidas Muhyiddin

Najib Razak berkata wang yang dijimat daripada derma vaksin boleh dapat 
menambah jumlah penerima dan menambah kandungan bakul makanan. 
(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Najib Razak berkata tidak bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mengatakan dapur rakyat sudah penuh dengan bantuan kerajaan.

Beliau berkata, bantuan bakul prihatin daripada kerajaan tidak dapat memenuhkan dapur rakyat.

“Sebab saya tak percaya dapur siapa akan penuh dengan bakul prihatin yang hanya mengandungi beras (5kg), gula (1kg), tepung (2kg), bihun (400gram), kicap (650ml), sardin (230gram), biskut dan kopi,” katanya di Facebooknya.

Terdahulu, Muhyiddin berkata rakyat tidak perlu mengibarkan bendera putih kerana kerajaan prihatin memberikan sebaik-baik perhatian untuk membantu mereka.

Najib Razak.

Dalam pada itu, Najib berkata duit yang dapat dijimatkan setelah mendapat derma 2.5 juta dos vaksin -1 juta dari Amerika Syarikat, 1 juta dari Jepun dan 500 ribu dari China boleh digunakan untuk tambah bakul makanan.

Katanya, dengan anggaran kos RM60 satu dos, kerajaan sudah jimat RM150 juta.

“Wang yang dijimat ini boleh dan patut digunakan untuk menambah baik program bakul makanan dengan menambah jumlah penerima dan menambah kandungan bakul makanan.

“Dengan menambah kandungan bakul, kerajaan juga akan memanfaatkan kos bungkusan dan penghantaran serta masa dan tenaga kerja yang digunakan bagi pengurusan program ini,” katanya.

Najib berkata, jika niat ialah untuk membantu mereka yang benar-benar sudah susah sehingga tiada wang untuk membeli makanan maka bantulah dengan betul dan ikhlas.

Tiada ulasan: