HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 Julai 2021

UMNO tidak fitnah, berbohong – Ahmad Zahid

 Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI

AHMAD ZAHID HAMIDI

PETALING JAYA: UMNO akan terus berpegang kepada kebenaran dalam perjuangan politik dan tidak akan berbohong hanya untuk meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut memberi jaminan parti itu tidak sesekali akan menipu rakyat, memfitnah dan menawarkan manifesto ‘bukan kitab suci’.

Katanya, rakyat juga semakin matang menilai antara kebenaran dan propanganda dan sejarah mendewasakan UMNO dalam memahami antara realiti dan permainan persepsi.

“Ada yang menulis dan bertanya di Facebook mengapa UMNO berpolitik dengan memberi fakta. Jika memfitnah dan tipu rakyat baru boleh menang PRU-15 seperti lawan politik praktikkan pada PRU-14. Tergelak kecil membaca komen itu, namun saya faham maksudnya. Ia penulisan sarkastik.

“Tidak sesekali UMNO akan menipu rakyat. Apatah lagi sanggup berbohong, memfitnah dan menawarkan manifesto bukan kitab suci. Bukan begitu cara parti UMNO berpolitik. Kemenangan dengan cara begitu tiada rahmatnya. Kita perlukan keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T apabila kembali mentadbir kelak. Insya-Allah Yang Maha Esa membantu perjuangan penuh tulus ikhlas,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook miliknya hari ini.

Tiada ulasan: