Bernama
Dr
Mahathir berkata, Ahli Parlimen parti itu akan menghadiri
sekurang-kurangnya pada permulaan sesi sidang khas Parlimen bagi
memastikan ia bukan sekadar pemberian taklimat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan
menghadiri persidangan khas Parlimen yang akan berlangsung 26 Julai
sehingga 2 Ogos ini, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau
bagaimanapun berkata Ahli Parlimen parti itu akan menghadiri
sekurang-kurangnya pada permulaan sesi sidang khas Parlimen bagi
memastikan ia bukan sekadar pemberian taklimat oleh kerajaan mengenai
dasar yang diperkenalkan.
"Kami
akan hadir di perjumpaan ini di Dewan Rakyat tetapi kami akan lihat
sama ada ia akan bawa manfaat atau tidak kepada rakyat yang kini sedang
menderita.
"Jika
kita dapati ini hanyalah penjelasan mengenai dasar-dasar kerajaan dan
hanya taklimat, kita boleh membuat keputusan pada masa itu untuk
meninggalkan Dewan Rakyat.
"Kami belum
memutuskan sepenuhnya perkara ini lagi kerana kami mahu melihat
bagaimana kerajaan menjalankan mesyuarat itu," katanya pada sidang media
secara maya hari ini.
Sidang khas Parlimen akan berlangsung lima hari mulai 26 Julai ini.
Ahad
lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata Ahli Parlimen boleh meminta
penjelasan dan memberikan pandangan mereka pada persidangan khas itu.
Beliau
berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada semua Ahli Parlimen
menerusi notis pemberitahuan sidang khas bertarikh 15 Julai.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan