Faris Danial Razi
Dr
Mahathir percaya, sekiranya kerajaan mengikut cadangan parti itu supaya
tidak melibatkan ahli politik dalam mengatur pelan membendung COVID-19,
ia pasti berjaya. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR:
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad
mengakui sukar untuk mengurangkan jumlah kes baharu COVID-19 yang kini
sudah mencatatkan lima angka untuk sembilan hari berturut-turut.
Namun
beliau percaya, sekiranya kerajaan mengikut cadangan parti itu supaya
tidak melibatkan ahli politik dalam mengatur pelan membendung COVID-19,
keadaan pasti berbeza.
“Saya
akui bahawa amat sukar untuk kurangkan jumlah pesakit baharu ini,
memang saya akui kerana angka sudah menjadi terlalu besar.
“Tetapi
saya masih berpendapat bahawa kalau diadakan satu penubuhan majlis yang
kami cadangkan ini yang dianggotai oleh orang bukan politik, saya yakin
kita dapat cari jalan yang boleh menolong kurangkan kes jumlah pesakit
baharu.
"Itu kepercayaan kami, tetapi
kami tidak diberi kepercayaan oleh kerajaan. Sebaliknya kerajaan cuba
tiru pendapat kami tetapi peniruan mereka itu tidak mendatangkan apa-apa
hasil,” ujarnya dalam sidang media secara maya Pejuang, pada Rabu.
Dalam
pada itu, beliau berkata banyak saranan yang telah diberikan kepada
kerajaan dalam meredakan situasi COVID-19, namun ia tidak diambil
perhatian.
“Menteri Kewangan (Tengku
Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) ada datang jumpa saya untuk
bertanya macam mana nak kurangkan jumlah pesakit ini.
“Saya
telah cerita apa yang saya tahu, berkenaan dengan cara untuk menangani
masalah ini tetapi nampaknya mereka tidak melaksanakan pendapat yang
kami berikan.
“Sebaliknya jumlah
meningkat sehingga 13,000 sehari. Jadi, jelas sekali bahawa kerajaan
tidak ada kebolehan untuk memikir cara menangani masalah COVID-19.
“Malah,
kalau ada cara pun nampak kerajaan tidak faham cara mana untuk
laksanakan pendekatan yang kita cadangkan,” tambah Ahli Parlimen
Langkawi itu.
Beliau
dalam pada itu masih mempertimbangkan keperluan untuk Ahli Parlimennya
hadir ke sidang Parlimen akan datang sekiranya sesi pembentangan usul
dan perbahasan tidak dibenarkan.
Ini
kerana beliau menyifatkan sidang Parlimen yang akan bermula 26 Julai
hanyalah sebuah majlis taklimat jika kedua-dua sesi berkenaan tidak
dibenarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan