HALAMAN SANTAI

Jumaat, 22 Oktober 2021

Apa pun, PN sedia berdepan saingan tiga penjuru – Muhyiddin

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin. GAMBAR: Abd Razak Aid

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Melaka makin dekat dengan penamaan calon kurang dari tiga minggu lagi.

Namun di pihak UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih belum memuktamadkan pendirian jelas sama ada akan bertanding sendiri atau bekerjasama dengan gabungan parti lain.

Justeru bagi Perikatan Nasional (PN), gabungan itu bersedia untuk menghadapi pertembungan tiga penjuru pada PRN Melaka bulan depan.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dari segi hasrat, memang gabungan itu mahu berbaik dengan semua atas dasar kepentingan ummah.

Namun katanya, persoalan yang berbangkit ketika ini apakah pihak di sebelah sana bersedia menjalinkan kerjasama atau sebaliknya.

Sedangkan jelas Muhyiddin, masa makin suntuk dan oleh itu mereka tidak boleh berlengah-lengah dalam hal ini.

“Kita sudah ada keputusan tetapi apa pun bila sampai hari penamaan calon, kita nanti tengoklah apa yang akan berlaku sama ada wujud gabungan atau tidak.

“PN sebagai satu gabungan politik sudah bersedia untuk hadapi tiga penjuru.

“Bersatu, Pas dan Gerakan juga bersetuju kalau perlu berhadapan tiga penjuru kita bersedia hadapi sebab kami pejuang,” katanya,” kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Muhyiddin berkata demikian dalam sidang akhbar selepas sesi libat urus Majlis Pemulihan Negara (MPN) bersama pemain industri pelancongan di Melaka hari ini.

UMNO hanya akan memuktamadkan sama ada akan menjalinkan kerjasa dengan parti lain selepas tiga mesyuarat utama parti minggu.

Mesyuarat itu ialah Biro Politik UMNO, Majlis Tertinggi UMNO dan Dewan Tertinggi BN.

Tiada ulasan: