Bernama

Ismail
Sabri berkongsi gambarnya bersama Sabaruddin yang pernah menggalas
tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Kewangan dari 1982 hingga 1987. -
Foto Facebook/Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR:
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berkongsi kejayaannya dalam bidang
politik sehingga menjadi Perdana Menteri berkata, semuanya adalah atas
jasa dan peranan 'sifu' beliau, Tan Sri Sabaruddin Chik.
Dalam
catatan di Facebook, Ismail Sabri berkata bekas Menteri Kebudayaan,
Kesenian dan Pelancongan itu adalah mentor yang telah mendidik beliau
dalam arena politik.
"Dari
lantikan sebagai Ketua Penerangan Bahagian Temerloh sewaktu saya
berumur 27 tahun, sehinggalah melantik saya sebagai Setiausaha Politik
beliau pada tahun 1995-1999 sewaktu beliau menjawat jawatan Menteri
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.
"Jasa
beliau tidak ternilai besarnya dan tidak mampu saya balas. Kejayaan
saya di dalam politik sehingga menjadi Perdana Menteri tidak akan
tercapai tanpa peranan Tan Sri Sabaruddin Chik.
"Tanpa
beliau tentu saya tiada di sini. Sebab itu lah sehingga sekarang saya
terus menghormati dan bersama sifu saya ini," katanya.
Menerusi
catatan itu, Ismail Sabri turut berkongsi gambarnya bersama Sabaruddin,
79, yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri
Kewangan dari 1982 hingga 1987.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan