Shuhada Abdul Kadir

Presiden
UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia menunjukkan bahawa
parti itu tidak mengambil mudah cabaran yang akan diberikan dalam PRN
yang julung kali diadakan di Semenanjung Malaysia itu. - Gambar
fail/BERNAMA
BUKIT KATIL: UMNO akan menggerakkan jentera seluruh negara bagi membantu menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November ini.
Presidennya,
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia menunjukkan bahawa parti itu
tidak mengambil mudah cabaran yang akan diberikan dalam PRN yang julung
kali diadakan di Semenanjung Malaysia itu.
“Saya
telah berpesan pada jentera supaya jangan pernah ambil mudah kepada
kesiapsiagaan yang harus dipertingkatkan kerana biarpun ini hanya PRN,
tetapi jentera semua parti yang menawarkan diri datang dari seluruh
negara.
“Jadi
dalam hal ini UMNO akan memobilisasi jentera dari seluruh negara dan
penambahbaikan harus dibuat, bukan sembarangan,” katanya.
Beliau
berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan UMNO
Bahagian Hang Tuah Jaya di Bukit Katil, di sini pada malam Khamis.
Turut
hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ab Rauf Yusoh; Ketua Menteri Melaka,
Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Ketua Bahagian UMNO Hang Tuah Jaya, Datuk
Mohd Ridhwan Mohd Ali
Mengulas lanjut beliau berkata, UMNO juga akan menggunakan pendekatan berbeza bagi memberi pembaharuan kepada rakyat negeri itu.
“Maknanya
perincian harus dibuat agar pengundi di Melaka dapat menerima hidangan
baru atau sekurang-kurangnya berikan harapan baru kepada UMNO dan
Barisan Nasional (BN),” tambahnya.
Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan hari pengundian PRN Melaka
pada 20 November depan, hari mengundi awal pada 16 November manakala
penamaan calon pada 8 November.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan