HALAMAN SANTAI

Khamis, 7 Oktober 2021

Najib nafi disenaraikan dalam Pandora Papers

MALAYSIA POST

Najib nafi disenaraikan dalam Pandora Papers

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan beliau memiliki akaun luar pesisir disenaraikan dalam pandora papers. 

Najib berkata, penafian itu dibuat susulan ada pihak membuat kesimpulan beliau antara yang tersenarai mempunyai akaun bank “off-shore” apabila ada beberapa media membuat tajuk berita yang mengaitkan namanya dengan isu “Pandora Papers”. 

“Tidak. Saya tiada “off-shore bank accounts” dan saya tidak disenaraikan dalam Pandora Papers. 

“Nama saya dikaitkan sebab firma guaman Wong & Co yang dilantik 1MDB masa dahulu adalah sebahagian dari gabungan firma guaman antarabangsa terkenal yang kini terbabit dengan isu Panama Papers. 

“Saya pun jawab bahawa saya tidak pernah lantik atau berhubung dengan sesiapa dari Wong & Co. 

“Saya juga tunjukkan wartawan bahawa mahkamah telah sahkan lantikan Wong & Co dibuat oleh lembaga pengarah dan pengurusan Terengganu Investment Authority sebelum saya terlibat dan sebelum TIA ini diambil alih oleh kerajaan pusat apabila saya jadi Perdana Menteri,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. 

Najib berkata, begitu juga lantikan Goldman Sachs, Ambank, KPMG dan semua firma-firma terkenal yang memberi perkhidmatan profesional. Ia dibuat masa TIA dan diteruskan perkhidmatan apabila TIA menjadi 1MDB,” 

“Nampaknya ramai hanya baca headline sahaja dan tersalah persepsi bahawa saya ada akaun bank “off-shore” yang didedahkan oleh panama papers,” katanya. 

Baru-baru ini, beratus pemimpin dunia, ahli politik, hartawan, selebriti, pemimpin agama dan pengedar dadah dilapor menyembunyikan wang dan pelaburan mereka dalam hartanah, kapal persiaran dan aset lain, sepanjang 25 tahun lepas. 

Ini didedahkan menerusi 12 juta fail yang dimiliki 14 firma di serata dunia.

Menurut pendedahan tersebut, dua individu daripada Malaysia didakwa antara 336 ahli politik yang memiliki akaun luar pesisir dan terdapat 118 syarikat luar pesisir dengan pemilik berasal dari Malaysia. – Malaysiapost

Tiada ulasan: