HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Oktober 2021

Pemilihan Timbalan Speaker sekali lagi ditangguh ke sesi akan datang

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat sekali lagi sebulat suara meluluskan usul menangguhkan pemilihan Timbalan Speaker ke sesi persidangan akan datang.

Usul itu dibentang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ia turut disokong oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

“Menurut Peraturan Mesyuarat 90(2) dengan persetujuan Yang Dipertua, saya mengemukakan usul untuk menghentikan kuat kuasa Peraturan Mesyuarat 6, iaitu bagi menangguhkan pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat seperti Perkara 2 yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul hari ini ke mesyuarat akan datang,” katanya.

Pemilihan Timbalan Speaker sepatutnya dibentang di Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang bermula hari ini.

Pada 14 Sept lalu, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul menangguhkan pemilihan Timbalan Speaker.

Penangguhan itu bagi pindaan dibuat terhadap Perkara 57 (1)(b) Perlembagaan bagi menambah seorang lagi Timbalan Speaker kepada tiga orang, dengan salah seorang daripadanya turut diisi oleh wakil pembangkang.

Tiada ulasan: