Eton Khir
Lee juga berpendapat, PRN Melaka tidak seharusnya diadakan ketika negara sedang berdepan pandemik COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Ketua Pemuda Pakatan Harapan Howard Lee Chuan How berpandangan kerajaan
wajar mempertimbangkan kaedah berkempen dari rumah ke rumah untuk
mendekati pengundi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.
Katanya,
'ceramah' pintu ke pintu boleh dilaksanakan kerana Melaka kini sudah
memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara dan negara sedang menuju ke fasa
endemik.
Justeru,
beliau berharap, rakyat akan memberi tekanan kepada kerajaan supaya
mereka diberi hak untuk mengenali calon mereka dengan lebih dekat.
"Kita
tahu di Melaka sudah masuk Fasa 4, rakyat boleh pergi ke restoran,
pasar malam, membeli-belah di pasar raya. Tetapi, calon PRN pula tidak
boleh pergi pintu ke pintu untuk menyantuni pengundi.
"Pada masa sama, denda dan hukuman (pelanggaran prosedur operasi standard atau SOP) yang dikenakan cukup berat.
"Situasi
itu, pada pandangan saya, ada yang wajar dan ada yang tidak waras,
sedangkan pilihan raya ini adalah hasil daripada percaturan politik
pihak-pihak tertentu, khususnya pihak yang berkuasa," katanya kepada
Astro AWANI pada Isnin.
Pada masa sama, Lee turut berpendapat, PRN Melaka tidak seharusnya diadakan ketika negara sedang berdepan pandemik COVID-19.
"Bagi
saya, pilihan raya ini sebenarnya tidak perlu. Namun, malangnya ada
pihak yang ingin bercatur dan ingin bermain politik pada saat-saat yang
genting ketika kita hendak menewaskan pandemik ini," tambahnya.
Pada Ahad, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan ketetapan baharu
kementeriannya (KKM) yang melarang sebarang aktiviti, perhimpunan atau
majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera
pilihan raya bermula 25 Okt hingga 27 Nov ini.
"SOP
PRN hanya terpakai waktu kempen bermula. KKM risau sebelum itu ada
banyak majlis politik yang tidak mematuhi SOP," katanya menerusi
Twitter.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan