Bernama
YONG:
Sebarang perbincangan mengenai apa jua perjanjian kerjasama dengan
parti pembangkang di Sabah secara realistiknya perlu melibatkan parti
Warisan. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU:
Sebarang perjanjian antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti
pembangkang di negeri ini tidak bermakna apa-apa tanpa penyertaan Parti
Warisan Sabah (Warisan), kata Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP)
Datuk Yong Teck Lee.
Beliau juga timbalan
pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata walaupun terdapat
perbincangan antara GRS dan Pakatan Harapan (PH) di sini, pemimpin PKR
dan DAP di Sabah tidak dapat memberikan sebarang ketetapan muktamad,
sebaliknya ia perlu diterajui oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Ahli
jawatankuasa GRS itu berkata hakikatnya di Sabah parti pembangkang
utama ialah Warisan yang bukan sebahagian daripada PH, dan hanya
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) adalah parti tempatan Sabah
yang berada dalam gabungan PH.
"Justeru
sebarang perbincangan mengenai apa jua perjanjian kerjasama dengan
parti pembangkang di Sabah secara realistiknya perlu melibatkan parti
Warisan. Sama ada Warisan mahu terlibat atau tidak; ia soal lain, yang
perlu ditangani apabila tiba masanya nanti.
"Seterusnya
setiap perjanjian kerjasama antara GRS dan pihak pembangkang harus
menegakkan konsep Kedaulatan Undang-undang (rule of law). Perjanjian
kerjasama tidak boleh dicemari oleh sebarang unsur-unsur 'penyelesaian
di luar mahkamah' bagi kes kes-kes mahkamah yang sedang dijalankan, atau
proses pengadilan di mana-mana mahkamah," katanya dalam kenyataan
semalam.
Pada Ahad, pengerusi GRS Datuk
Hajiji Noor yang juga Ketua Menteri berkata gabungan itu akan mengadakan
perbincangan berhubung cadangan PH Sabah untuk bersama menandatangani
memorandum persefahaman (MoU), dan berkata Guan Eng telah membangkitkan
perkara itu dalam pertemuan dengannya baru-baru ini.
GRS
terdiri daripada parti Perikatan Nasional (Bersatu, STAR, SAPP, PAS dan
Gerakan); Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC, PBRS); dan Parti Bersatu
Sabah (PBS).-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan