Fareez Azman

Muhyiddin
berkata SPR perlu segera mengumumkan SOP PRN Melaka agar penularan
COVID-19 dapat dicegah sepanjang pilihan raya berlangsung. - Gambar
hiasan
TANGKAK:
Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak boleh ditangguhkan, justeru
semua pihak perlu memberi tumpuan kepada pematuhan prosedur operasi
standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi
Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SPR perlu
segera mengumumkan SOP PRN Melaka agar penularan COVID-19 dapat dicegah
sepanjang pilihan raya berlangsung.
"Faktanya
PRN ini tidak boleh ditangguhkan, ini di bawah Perlembagaan apabila
Yang di-Pertua Negeri Melaka (Tun Mohd Ali Rustam) mengumumkan
pembubaran DUN (Dewan Undangan Negeri), kita perlu mengadakan pilihan
raya dalam tempoh 60 hari.
"SPR
telah umumkan tarikh, jadi kita kena berdepan PRN, SPR perlu umumkan
SOP agar penularan
COVID-19 dapat dikawal... di mana bagi saya, mereka
tahu apa yang boleh dan mana yang tak boleh dibuat," katanya ketika
ditemui pemberita di Bukit Gambir pada Jumaat.
Melaka mencatatkan penambahan 235 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 62,995 kes setakat Jumaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan