HALAMAN SANTAI

Isnin, 4 Oktober 2021

Rundingan kerusi PRU-15: MIC tunggu keputusan BN

Oleh AHMAD FADHLULLAH ADNAN

KUALA LUMPUR: MIC menyatakan pendirian parti itu yang tetap bersama Barisan Nasional (BN) dan menunggu keputusan komponen tersebut untuk sebarang rundingan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presidennya,  Datuk Seri M.Saravanan berkata, MIC juga masih menunggu keputusan di peringkat BN bagi sebarang rundingan kerusi buat pilihan raya itu nanti. 

Katanya, buat masa ini, perkara itu  belum dibincangkan BN walaupun Perikatan Nasional (PN) sudah memulakan perbincangan. 

“Apa jua keputusan (kerusi), MIC tidak boleh memutuskan sesama sendiri kecuali keputusan muktamad daripada BN,” katanya selepas sidang akhbar di Menara Manickavasagam di sini hari ini.

Baru-baru ini,  PN menjelaskan ,pihaknya memulakan rundingan kerusi bagi menghadapi PRU-15 tanpa UMNO. 

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rundingan kerusi tersebut membabitkan lima parti komponen dalam gabungan pada minggu hadapan yang hanya melibatkan Bersatu, Pas dan Gerakan bagi Semenanjung.

Menurut Saravanan, semua pihak perlu memahami  bahawa MIC, MCA dan UMNO bukan hanya sebuah parti politik, tetapi ketiga-tiga parti itu adalah sebuah perjuangan.

Kata beliau, oleh kerana itu, pihaknya perlu melihat secara keseluruhan dan meminta pandangan daripada akar umbi. 

“Sebab itu kita adakan mesyuarat tahunan dan pilihan parti di peringkat bahagian dan Pusat, selepas itu kita lihat aspirasi dari akar umbi, setakat ini keputusan bersama BN,” katanya.  – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: