Shuhada Abdul Kadir

Sulaiman
berkata beliau bersama barisan Exco kerajaan negeri masih memimpin
dan
menguruskan Melaka seperti biasa. - Foto fail/BERNAMA
JASIN:
“Kalau siapa hendak jadi Ketua Menteri, datang lah jumpa pihak
kepimpinan,” tegas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Sambil
menyifatkan kemelut yang berlaku di negeri itu ketika ini sebagai
perkara biasa dalam dunia politik ujarnya, khabar angin itu tidak
sedikit pun menjejaskan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri.
Katanya, beliau bersama barisan Exco kerajaan negeri masih memimpin dan menguruskan Melaka seperti biasa.
“Ini
adalah perkara biasa dalam dunia politik ataupun kancah politik. Tetapi
apapun selagi saya terus diberi mandat oleh kerajaan sedia ada untuk
memimpin dan menguruskan Melaka ini, saya akan berjalan seperti biasa,
dan apabila diminta turun, saya akan turun lah.
“Sama
ada usaha untuk menggugat perjalanan kerajaan negeri itu terarah kepada
kebaikan atau untuk kepentingan, saya tidak peduli. Dalam dunia politik
itu normal,” katanya selepas mengadakan lawatan di Dewan Datuk Ibrahim
Oxford, di sini pada Sabtu.
Terdahulu, spekulasi bertiup kencang mendakwa, kerajaan negeri Melaka yang diterajui UMNO bakal tumbang pada bila-bila masa.
Ini
berikutan empat ADUN kerajaan dikatakan akan melompat ke Pakatan
Harapan (PH) dan difahamkan, keempat-empat ADUN itu sudah menandatangani
akuan bersumpah (SD).
Empat
wakil rakyat yang disebut-sebut ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk
Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai
Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk
Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).
Dalam
pada itu, mengulas cakap-cakap politik kononnya PH mempunyai cukup SD
untuk membentuk kerajaan negeri baharu dan salah seorang daripada ADUN
yang ‘melompat’ akan dicalonkan sebagai Ketua Menteri, Sulaiman enggan
ambil pusing dakwaan berkenaan.
“Siapa
hendak jadi ketua menteri datanglah, boleh jumpa pihak kepimpinan, Itu
sahaja. Kalau SD sudah cukup 20 ke sekalipun, silakan.
“Saya
lebih fikir masalah rakyat, saya tidak mahu bercakap soal politik
kerana rakyat akan menilai dan menghukum kita apabila tiba masanya.
Sampai masa nanti kita berperanglah dalam Pilihanraya Umum (PRU),”
tegasnya.
Untuk
rekod Kerajaan Melaka dipimpin Sulaiman dari UMNO selepas PN mengambil
alih pentadbiran kerajaan negeri daripada pakatan (PH) yang tumbang Mac
tahun lalu.
Kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang pula 11.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan