HALAMAN SANTAI

Khamis, 7 Oktober 2021

UMNO hantar surat gugur keahlian kepada Idris, Nor Azman

SUARA MERDEKA

Keahlian Ahli  Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan ADUN Pantai Kundur, Datuk Nor Azman Hassan dalam UMNO digugurkan.

Surat  dikeluarkan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan keahlian mereka dalam UMNO gugur dengan sendirinya berkuat kuasa serta-merta di bawah Fasal 20.11 dibacakan bersama Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

Dua hari lalu Idris dan Nor Azaman bersama dua ADUN menyatakan mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka. Tindakan itu menyebabkan Sulaiman kehilangan sokongan majoriti untuk terus menjadi Ketua Menteri.

Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam telah bersetuju atas permintaan Sulaiman untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Keempat Belas berkuat kuasa kelmarin.-SM

Tiada ulasan: