HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 November 2021

Akar umbi punca kejayaan Umno, BN di PRN Melaka – Shahrir Samad

 MALAYSIA POST
 
Akar umbi punca kejayaan Umno, BN di PRN Melaka – Shahrir Samad

VETERAN Umno Tan Sri Shahrir Abdul Samad berpendapat kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November lalu adalah kemenangan oleh akar umbi.

Menurutnya, akar umbi Umno dan BN  sedia berhadapan dengan pengundi sebagai sebuah parti politik dan bukan semata-mata sebagai sebuah ‘parti kerajaan’.

Beliau berkata, kemenangan itu juga kerana gabungan parti berkenaan berani berubah dan membawa tawaran baru kepada rakyat.

“Kemenangan adalah kredibiliti Umno dan BN sebagai sebuah parti politik yang sungguhpun mempunyai ‘track record’ lampau tapi berani berubah membawa tawaran baru,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Shahrir juga berpendapat pemisahan antara parti dan kerajaan juga akan memperkuatkan lagi parti berkenaan.

“Pemisahan parti dan kerajaan bakal kukuhkan lagi parti dan memanfaatkan rakyat,” katanya. – Malaysiapost

Tiada ulasan: