HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 November 2021

PRN Sarawak: PH tak pakai logo PH

CHONG CHIEN JEN.

WALAUPUN Pakatan Harapan (PH) mempunyai logo sendiri, namun parti-parti dalam gabungan itu akan menggunakan lambang masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bulan depan.

Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, gabungan itu akan meletakkan calon di kesemua 82 kerusi dengan pengagihan kerusi antara komponen telah selesai dilakukan.

Menurut beliau, DAP akan bertanding di 26 kerusi manakala PKR, 47 kerusi dan Amanah, sembilan kerusi.

“Setiap parti akan menentukan calon masing-masing, termasuk penggunaan logo (parti) untuk kempen dan kertas undi,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat PH Sarawak di Ibu Pejabat DAP Sarawak di Kuching, hari ini.

DAP bertanding di 26 kerusi DUN Tasik Biru, Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kitang, Batu Kawah, Stakan, Mambong, Kedup, Bukit Semuja, Simanggang, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Pelagus, Bukit Goram, Baleh, Tanjong Batu, Kemena, Samalaju, Piasau, Pujut dan Senadin.

PKR pula di 47 kerusi DUN iaitu Opar, Tanjung Datu, Pantai Damai, Tupong, Satok, Batu Lintang, Asajaya, Serembu, Tarat, Tebedu, Sadong Jaya, Simunjan, Lingga, Beting Maro, Balai Ringin, Bukit Begunan, Engkilili dan Batang Ai.

Selain itu, Saribas, Layar, Bukit Saban, Kalaka, Krian, Daro, Pakan, Meluan, Ngemah, Machan, Nangka, Dalat, Tellian, Balingian, Tamin, Kakus, Katibas, Belaga, Murum, Jepak, Bekenu, Lambir, Marudi, Telang Usan, Mulu, Bukit Kota, Batu Danau, Ba’ Kelalan dan Bukit Sari.

Sementara itu, parti AMANAH pula diperuntukkan sembilan kerusi iaitu DUN Demak Laut, Samariang, Muara Tuang, Gedong, Sebuyau, Kabong, Kuala Rajang, Semop dan Jemoreng.

Sementara itu, memetik laporan Borneo Post, Chien Jen yang juga Pengerusi DAP Sarawak membangkitkan soal SOP PRN Sarawak.

Menurutnya, pelbagai SOP bagi mencegah COVID-19 pada PRN kali ini boleh menyebabkan situasi agak ‘tidak adil’ buat pembangkang.

Tiada ulasan: