HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 November 2021

Majlis angkat sumpah Exco Melaka dijangka esok

Shuhada Abdul Kadir
Majlis angkat sumpah Exco Melaka dijangka esok
Sulaiman sebelum ini dilaporkan berkata, meskipun kerjasama kerajaan PN masih berjalan di peringkat Persekutuan, namun senario PRN lalu yang menyaksikan BN bertanding solo perlu diambil kira. - Gambar/ Bernama
 
AYER KEROH: Majlis angkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka dijangka berlangsung petang esok selepas mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.
 
Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dijadual mengadakan pertemuan bagi mempersembahkan senarai nama barisan Exco kepada Mohd Ali sebelum satu sidang media bakal diadakan kira-kira jam 11.30 pagi.
 
Menurut sumber, majlis mengangkat sumpah itu kemudian akan diadakan pada sebelah petang selepas solat Jumaat di Dewan Seri Negeri, di sini.

Tiada ulasan: