Faris Danial Razi
Hamzah
berkata, perbincangan itu bagi menentukan strategi dan persiapan
menghadapi PRN Sarawak serta pilihan raya umum (PRU) akan datang. -
Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR:
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadakan perbincangan
lanjut bersama parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti
Sarawak (GPS) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Setiausaha
Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan malam ini
berkata, ia bagi menentukan strategi dan persiapan menghadapi PRN
Sarawak serta pilihan raya umum (PRU) akan datang.
“Bersatu
telah memutuskan untuk mengadakan perbincangan lanjut bersama
parti-parti komponen dalam PN dan GPS bagi menentukan strategi dan
persiapan menghadapi PRN Sarawak 2021.
“Ia
sekali gus untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,”
katanya memberitahu keputusan yang dicapai pada Mesyuarat Khas Majlis
Pimpinan Tertinggi (MPT) dipengerusikan oleh presidennya, Tan Sri
Muhyiddin Yassin, pada Khamis.
Dalam pada
itu, katanya Bersatu turut memutuskan untuk mengadakan Persidangan
Agung Tahunan (PAT) Bersatu ke-5 pada bulan depan secara fizikal.
“Ia
akan diadakan pada 18 dan 19 Disember 2021 di PICC, Putrajaya yang
bakal dihadiri oleh 1,600 perwakilan dari seluruh negara secara
fizikal,” jelas Hamzah.
Sementara itu,
katanya Mesyuarat Khas MPT itu juga telah memperakukan dan menerima
permohonan Ahli Parlimen Lahad Datu yang juga merupakan ADUN Segama,
Datuk Mohammadin Ketapi sebagai ahli Bersatu yang baharu.
“Bersatu
menyambut baik keahlian beliau kerana ia bukan sahaja bakal mengukuhkan
lagi kedudukan Kerajaan Negeri Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri
Hajiji Noor, malah akan memberikan manfaat yang besar kepada pembangunan
serta kebajikan rakyat di Parlimen dan DUN yang beliau wakili,”
ujarnya.
Berhubung kekalahan dalam PRN
Melaka, katanya Bersatu telah mengenal pasti kelemahan dan akan
mengambil langkah penambahbaikan dengan segera.
Jelasnya,
keputusan PRN itu bagaimanapun membuktikan bahawa PN adalah parti yang
mempunyai pengaruh serta sokongan yang kukuh dalam kalangan pengundi
Melaka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan