HALAMAN SANTAI

Jumaat, 26 November 2021

SOP PRN Sarawak ke-12 akan dimuktamadkan 30 Nov ini - Khairy

Bernama
SOP PRN Sarawak ke-12 akan dimuktamadkan 30 Nov ini - Khairy
Khairy berkata perbincangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak telah diadakan tengah hari tadi mengenai pelaksanaan SOP berkenaan. - Gambar fail
 
SEREMBAN: Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 khusus bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 akan dimuktamadkan pada hujung bulan ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
 
Beliau berkata perbincangan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak telah diadakan tengah hari tadi mengenai pelaksanaan SOP berkenaan, dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Aaron Ago Dagang telah ditugaskan menyelaras perkara itu dengan kerajaan Sarawak.
 
"Ada beberapa perkara perlu diperhalusi, saya telah memberi masa sehingga 30 Nov ini untuk dimuktamadkan dan kemudian ia akan diusulkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan hari ini.

Tiada ulasan: