HALAMAN SANTAI

Khamis, 6 Mac 2008

Calon BN Pokok Sena didakwa tipu tesis, terima suapan RM84,000
Azamin Amin


KUALA LUMPUR (Hrkh) - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Pokok Sena, Dato' Paduka Rahman Ibrahim telah didakwa menipu Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk mendapatkan Ijazah Sarjana (Master) Sains Politik.

Penipuan yang dibuat ialah dengan cara mengupah pihak tertentu dengan jumlah puluhan ribu ringgit untuk membuat tesis bertajuk 'Politik Kepuakan Dalam Politik Kedah' bagi ijazah tersebut.

Perkara ini didedahkan oleh Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar yang juga mencabar Rahman dalam pilihan raya umum ini.

"Saya ada bukti penipuannya itu dan mahu satu siasatan menyeluruh dilakukan dan menggesa supaya ijazah sarjana yang diterima pada 2002 ditarik balik.

"Tindakan beliau ini mencemar imej UUM seolah-olah universiti boleh ditipu dan dibeli ijazahnya," katanya ketika menghubungi Harakah.

Tesis tersebut kata Mahfruz telah diselia oleh bekas Naib Canselor UUM Allahyarham Dr Mohd Fauzi Basri dan Dr Mohd Fuad Saadan manakala penyelia luarnya ialah Dr Mohd Agus dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Dr Jayum anak Jayan dari Universiti Pertanian Malaysia.

Selain itu Mahfuz turut mendakwa bahawa Rahman telah menerima suapan dalam bentuk 'in-kind' iaitu pembinaan 'renovation dan perabot untuk kelengkapan pejabat Ahli Parlimen Pokok Sena itu di No 21, Taman Koperasi, Jalan Tun Razak, Alor Setar, Kedah.

Suapan itu diterima daripada seorang kontraktor dikenali sebagai Tan Teik Seng daripada syarikat Akcipta Trading.

Manakala Rahman didakwa turut menerima suapan sejumlah RM84,000 daripada Nelson Ho dan Grennway Services kerana berjaya mendapat kelulusan membawa masuk pekerja asing, katanya yang merujuk kepada dokumen bertarikh 14 Julai 2004 di bawah rujukan SUP/KHEDN/Kementerian/MD 37(56).

Dalam pada itu Mahfuz mendakwa Rahman menerima suapan berbentuk penajaan 10 bilik Hotel Swiss Garden Kuala Lumpur berjumlah RM5,250 pada 21 September 2004 bagi tujuan penginapan para penyokongnya yang datang daripada kawasan Parlimen Pokok Sena dan tajaan daripada dua syarikat yang sama kerana kelulusan yang sama.

"Saya cabar Rahman untuk membuat penafian dan minta Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat salah laku beliau.

"Isu ini telah diketahui umum dan masyarakat di Parlimen ini dan saya bersedia pada bila-bila masa jika dipanggil untuk untuk membuktikan dakwaan tersebut,"kata Mahfuz

Tiada ulasan: