Imej sebenar Abdullah dan Khairy yang akan ditolak rakyat 8 Mac ini
Wan Nordin Wan Yaacob
Selepas pengumuman pembubaran Parlimen, corong radio, kaca televisyen dan kertas surat khabar arus perdana mula mendendangkan 'lagu lusuh' untuk memujuk rakyat memberi sekali lagi mandat kepada kerajaan pimpinan 'Imam Hadhari', Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Ahkbar bagaikan dirasuk oleh seru Perdana Menteri hinggakan ada yang sanggup menyanyi, membaca dan melaungkan kata pujukan supaya terus percaya kepada ratib usang Imam Hadhari yang sebelum ini sering tertidur dan lena dalam keadaan rakyat merintih kesusahan.
Maka ramailah wartawan, pembaca berita dan editor yang walaupun suaranya sumbang, namun mahu juga menyanyi semata-mata menjayakan kempen yang diseru 'Imam Hadhari'.
Tanpa disedari, mereka telah mula 'mengoyakkan' imej sendiri kerana sanggup menjadi alat kempen kepada Umno/BN, walaupun ramai di kalangan mereka adalah lulusan universiti tempatan dan luar negara.
Paling menarik, Naib Ketua Pemuda Umno, Kahiry Jamaluddin yang juga calon BN Parlimen Rembau antara yang sering mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, biadap dan provokatof di corong-corong radio, televisyen serta di dada akhbar.
Khairy dalam meyakinkan bapa mertuanya bahawa beliau cukup layak untuk dimandatkan sebagai salah seorang menteri jika menang di Rembau mula membaca ratib rekod-rekod pentadbiran Abdullah empat tahun lalu.
Namun menantu Perdana Menteri itu seakan lupa, bahawa rekod Abdullah juga dicemari dengan tabiat buruk anak menantu, kroni dan juga tindak-tanduknya dalam mentadbir negara.
Mengimbas pentadbiran Abdullah, selepas mengambilalih pemerintahan Tun Dr Mahathir, beliau berjanji akan memerangi rasuah.
Dengan berbekalkan slogan 'Islam Hadhari', Abdullah berjaya menawan hati rakyat dan menyaksikan pilihan raya umum 2004 menyebelahi BN dengan majoriti yang tinggi.
Kesan dari imej Abdullah yang dikatakan 'baik' dan 'bersih' itu menyebabkan rakyat memberi kepercayaan kepadanya.
Begitupun, lama kelamaan imej sebenar Abdullah dapat dilihat rakyat lebih-lebih lagi selepas beberapa berita mengenai laporan rasuah membabitkan kementerian-kementerian tertentu dan pegawai tinggi kerajaan dihebahkan di media-media alternatif.
Laporan salahlaku bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Dato' Seri Zulkipli Mat Nor dan dakwaan rasuah membabitkan seorang Timbalan Menteri memulakan era 'gelap' dalam pemerintahan Abdullah yang baru sahaja kematian isteri tersayang pada tahun sebelumnya.
Abdullah bagaikan terpinga-pinga tidak menjawab pelbagai isu yang dihadapkan ke atasnya termasuk laporan pemberian kontrak kepada anak menantunya.
Laporan penglibatan anaknya, Kamaluddin Abdullah melalui syarikat Scomi dengan penjualan komponen nuklear yang menyebabkan rakan kongsi Kamaluddin, BSA Tahir ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak dilayan sempurna oleh Abdullah.
Laporan pemberian kontrak kerajaan melalui kementerian tertentu kepada Kamaluddin, seperti yang dilapor Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Noor yang akhirnya dibiarkan begitu sahaja oleh Abdullah menyebabkan situasi semakin tidak menyebelahi imej Abdullah.
Laporan-laporan indeks rasuah yang semakin membimbangkan, laporan indeks kebebasan akhbar, laporan salah laku kakitangan awam yang semakin meningkat, laporan penyelewengan dalam Laporan Audit Negara 2005 dan 2006, skandal pemimpin-pemimpin Umno/BN, skandal ahli-ahli Parlimen di bawah pemerintahan Abdullah dan kemerosotan akhlak remaja di bawah kerajaan Islam Hadhari menyebabkan imej Abdullah tercalar.
Ia ditambah dengan kejadian-kejadian murtad yang berleluasa; terbitnya golongan 'super sekular' dalam negara ini; wujudnya golongan anak muda yang menentang Islam secara terbuka dan pelbagai isu keruntuhan akhlak remaja.
Sekitar tahun 2006 dan 2007, imej Abdullah sebagai seorang yang bersih semakin pudar ditambah lagi kepudarannya kerana sikap bongkak menantunya, Khairy Jamaluddin yang dilihat rakus dalam berpolitik.
Dalam jangkamasa beberapa tahun sahaja selepas bergelar menantu Perdana Menteri, Khairy mula mendapatkan ramuan politiknya untuk menduduki kerusi-kerusi penting dalam parti dan pertubuhan tertentu.
Antaranya menjadi Naib Ketua Pemuda Umno walaupun Khairy adalah lebih 'junior' berbanding Mukriz Mahathir, Azimi Daim dan anggota Exco Pemuda Umno yang lain.
Selain itu krisis yang berlaku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyebabkan Khairy mengambil peluang melalui kemegahan mewujudkan gelombang baru dalam arena bolasepak tanah air melalui program 'MYteam' untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden FAM menggantikan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang melepaskan jawatan itu ketika krisis bolasepak negara meruncing.
Sikap Khairy dalam menjelalah arus politik tanahair semakin ketara selepas menantu PM itu 'memberukkan' peserta-peserta himpunan Bersih.
Gelaran beruk yang dianugerahkan Khairy kepada rakyat Malaysia yang berhimpun pada 10 November lalu menyebabkan ramai yang menyelarnya.
Kerana itulah perkataan (Beruk) yang mempopularkan PM kerana apabila yang menyebutkan adalah Khairy, ramai yang akan terus mengaitkan dengan PM. Dalam hal ini PM dan Khairy ibarat 'irama dan lagu' tak mungkin dapat dipisahkan.
Paling geram dengan kebiadapan Khairy ini ialah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang banyak mengkritik menantu PM itu kerana campur tangannya dalam urusan kerajaan.
Bagaimanapun laporan mengenai tabiat buruk menantu PMdan kritikan bekas PM ini hanya dilaporkan dalam blog dan akhbar versi internet sahaja, sedangkan akhbar arus perdana semuanya menonjolkan yang baik belaka.
Kini Khairy mula menjalankan dakyahnya di Rembau, berbekalkan sijil nikah dnegan Nouri Abdullah (anak PM), Khairy dengan bongkak mengaku membela nasib masyarakat Rembau.
Sedangkan sebelum ini, kelompok miskin di Rembau tidak pernah mendapat perhatian Khairy.Kata calon KeADILan bagi Parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin "saya memang tak popular seperti Khairy sebab Kahiry menantu PM,".
Namun Khairy perlu sedar bahawa beliau terselamat dari dikalahkan secara teknikal semasa penamaan calon di Rembau pada 24 Februari lalu kerana menulis tarikh yang salah.
Hampir-hampir pegawai SPR mengumumkan Khairy tidak layak bertanding, namun panggilan telefon Abdullah kepada SPR menyelamatkan menantu kesayangannya itu.
Walaupun begitu hebat perancangan Khairy, namun beliau perlu ingat perancangan Allah maha hebat, tiada siapa yang boleh menandinginya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan