HALAMAN SANTAI

Ahad, 16 Mac 2008

Surat Terbuka Untuk Editor Media Tempatan
Oleh: Amri

Saudara Editor Media Tempatan,

Sepatutnya akhbar menjadi medium berita dan informasi terkini untuk disampaikan kepada rakyat dan bukannya menjadi alat propaganda kepada parti yang memerintah iaitu kerajaan BN dan menyebarkan sampah-sarap untuk mengotorkan minda rakyat.

Tidak hairanlah semakin ramai yang beralih kepada media alternatif di internet dan saya percaya antara sebab kejatuhan kerajaan BN berpunca daripada peranan berat sebelah pihak media seperti TV3 yang digelarkan TV3 suku oleh penyokong parti pembangkang dan Utusan Meloya.

Liputan hanya untuk kerajaan BN sahaja.Cuba fikirkan suatu hari nanti jika kerajaan pusat diterajui oleh parti pembangkang.Tidak mustahil tu.

Ini tidak.pihak media kelihatan lebih cenderung memainkan sentimen perkauman ketika ini.Apa faedahnya.Adakah gembira sambil bertepuk-tangan bila melihat negara kita di kancah kehancuran.Sikap sebegini tidak bertanggungjawab dan amatlah dikesali.

Pak Lah pernah berkata,Jangan tunjuk perasaan di jalanan tetapi di kertas undi.Kini,rakyat telah bersuara dan menunjukkan kuasanya pada kertas undi.So,hormatilah keputusan rakyat dan jangan sekali-kali memperkecil-kecilkan kerajaan negeri yang diterajui oleh parti pembangkang seperti di Selangor,Perak,Pulau Pinang,Kedah dan Kelantan.

Persepsi negara tidak diterajui kerajaan BN akan berlaku huru-hara sudah lapuk dan tidak diterimapakai.Poliskan ada.Kalau dulu,reformis-reformis boleh dibelasah dengan belantan oleh FRU,disembur dengan semburan gas pemedih mata dan dimasukkan ke dalam lokap atau penjara di bawah akta ISA.Tidak ada sebabnya pemimpin UMNO yang cuba mencetuskan sentimen perkauman ini boleh mendapat layanan istimewa daripada polis.Tidak logiklah polis akan menyediakan catering kepada penyokong-penyokong UMNO ini.

Bagaimana pula dengan kekecohan perlantikan MB di Perlis dan Terengganu.Kenapa media tempatan tidak berminat untuk melaporkannya.Lain halnya dengan apa yang berlaku di Perak.Bila DAP tidak setuju dengan perkenan Sultan Perak,media tempatan label dia sebagai penderhaka dan biadap.Bagaimana pula dengan Shahidan Kassim?

Pihak media perlu sedar dan lebih bertanggungjawab serta beretika ketika menyampaikan maklumat kepada rakyat.Kami generasi IT lebih celik politik dan tidak mudah diperbodoh-bodohkan.

Jika benar UMNO memperjuangkan nasib kaum Melayu kenapa ketika berkuasa:

1.Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Malaysia.

Nampak sahaja remeh isu ini tetapi bahasa jiwa bangsa.mana perginya jiwa bangsa kita.

2.Pengajaran Sains dan Matematik dalam BI

Apakah rendah sangat ke atau pariah sangat ke Bahasa Melayu.Di Jepun,Perancis,Jerman,Indonesia dan banyak negara lagi,pengajarannya adalah dalam bahasa ibunda.Indonesia boleh mencipta helikopter sendiri,Jepun pula boleh mencapai kemajuan membanggakan dengan memperkenalkan maggi mee dan selipar jepun sehingga kepada peralatan robotik.

3. Dalam IC tiada identiti bangsa Melayu

4. Sebelum PRU12,akhbar Berita Harian ada melaporkan Tanah Rizab Melayu boleh dipajakkan kepada Bukan Melayu.

5. Di Pulau Pinang,ketika ditadbir GERAKAN,tanah Melayu dirampas untuk pembangunan,apa UMNO buat ketika itu.Tunjuk perasaan?

Apa perjuangan UMNO ketika itu?Politik balas dendam adalah.Penyokong pembangkang dinafikan hak mereka sedangkan mereka juga rakyat Malaysia.Bukannya pendatang tanpa izin.Kakitangan awam pro pembangkang ditukar serta-merta hatta ke Sabah dan Sarawak.biasiswa atau peluang pekerjaan tidak diberikan kepada anak-anak penyokong pembangkang,begitu juga dengan bantuan untuk golongan miskin.Lihatlah apa yang berlaku di Kelantan dan Terengganu.Rakyat yang menyokong pembangkang dihukum dengan pemberian royalti minyak ditarik balik.Pembangunan ditahan dan peruntukan kewangan untuk DUN dan parlimen di kawasan pembangkang tidak diberikan.Penyokong Pembangkang juga membayar cukai,mengapa pemimpin mereka dinafikan untuk bersuara di RTM?Di Kelantan,faedah dikenakan untuk pinjaman sedangkan di negeri-negeri lain tidak pula.

Ingatlah dan sedarlah.Jika rakyat mampu menukar tampuk pemerintahan,rakyat juga mampu menukar atau merombak atau menukar editor-editor kanan di dalam akhbar-akhbar tempatan seperti Utusan Malaysia ini.Sedarlah!Masih belum terlambat.

Tiada ulasan: