HALAMAN SANTAI

Rabu, 12 Mac 2008

Timbalan MB Selangor mungkin dari DAP?
Oleh Mohamad Mukhreez


SELEPAS terpaksa berkongsi dengan wakil dari kaum India untuk kerusi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, kini khabar terbaru yang diterima, jawatan Timbalan Menteri Besar Selangor akan diserahkan kepada DAP.

Antara yang disebut-sebut menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor adalah Ean Yong Hian Wah (Seri Kembangan), Ronnie Liu (Pandamaran) and Teresa Kok (Kinrara).

Selain itu, DAP dikatakan meminta empat jawatan exco kerajaan negeri Selangor diserahkan kepada parti tersebut.

Namun calon yang disebut-sebut akan dipilih adalah Teresa Kok yang bertanding DUN Kinrara dan Parlimen Seputeh.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pelantikan dua timbalannya masing-masing daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Timbalannya daripada PKR ialah Mohamad Fairus Khairudin yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mengalahkan penyandang, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN) dengan majoriti 2,219 undi.

Manakala Timbalan Ketua Menteri daripada DAP ialah Prof. Dr. P. Ramasamy yang menang di Parlimen Batu Kawan menewaskan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dengan majoriti besar 9,485 undi.

Ramasamy juga memenangi kerusi DUN Perai menewaskan calon BN, R. Ulaganathan dengan majoriti 5,176 undi.

Guan Eng turut mengumumkan jawatan speaker dan timbalannya akan diberikan kepada PKR.

Tiada ulasan: