Arif Shah boleh hilang kelayakan bertanding
Mohd Zamirul Mohd Dzaki
PERMATANG PAUH - Calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, Dato' Arif Shah Omar Shah boleh hilang kelayakan untuk bertanding kata Ahli Parlimen Subang dan juga seorang peguam, Sivarasa dalam sidang media di Yayasan Aman semalam.
Perkara ini merujuk kepada tindakan Arif Shah memberi upah yang berbentuk wang sekitar RM100 hingga RM500 seorang kepada penduduk tempatan Permatang Pauh bagi melakukan risikan.
"Tindakan Arif Shah ini jelas melanggar undang-undang pilihan raya seperti mana yang terkandung dalam perkara 21 akta pilihan raya
Menurut Sivarasa lagi, Arif Shah sendiri telah mengakui di hadapan wartawan yang beliau ada memberi duit kepada pengundi di kawasan Permatang Pauh.
Kenyataan Arif Shah itu jelas terpampang pada muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Cina semalam yang berbunyi "Orang tempatan digajikan bagi melakukan risikan."
Menurut Sivarasa, kenyataan ini diakui oleh Arif Shah sendiri ketika menjawab pertuduhan kempen membeli undi yang dilakukan oleh beliau.
Berdasarkan kepada kes ini, pihak Parti KeADILan Rakyat akan membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan raya
"Kita akan menggunakan pengakuan yang dibuat oleh Arif Shah ini sebagai bukti untuk kita bawa ke mahkamah dan dia boleh hilang kelayakan bertanding," tambah Sivarasa.
Sidang media yang dilakukan di Yayasan Aman di Penanti turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Parti KeADILan Rakyat, Tian Chua, Ketua Perhubungan KeADILan Perak dan beberapa pemimpin Parti KeADILan Rakyat Pulau Pinang. - mns_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan