HALAMAN SANTAI

Sabtu, 23 Ogos 2008

Tayar KL Monorail meletup punca seorang wanita cedera

KUALA LUMPUR: Tayar meletup dikenalpasti sebagai punca insiden KL Monorail pada Selasa lepas di mana seorang wanita cedera ringan, menurut Syarikat Prasarana Negara Bhd (Prasarana) hari ini.

Kejadian itu yang berlaku ketika kereta api tersebut dalam perjalanan antara Medan Tuanku ke arah Stesen Chow Kit pada kirakira pukul 7.30 malam.

Syarikat itu dalam kenyataan di sini menyatakan bahawa serpihan ditemui oleh orang awam seperti yang dilaporkan dalam media di mana kepingan bahagian komponen yang melekat pada tayar tersebut pecah.

Kereta api itu kini tidak beroperasi buat sementara waktu untuk tujuan siasatan lanjut oleh pakar dan pihak berkuasa berkaitan.

Ia juga menyatakan bahawa penumpang yang cedera itu diberi rawatan segera oleh pemandu kereta api tersebut dan dihantar ke hospital.

Prasarana, ialah syrikat kerajaan sepenuhnya di bawah Kementerian Kewangan, yang ditubuhkan untuk memiliki aset syarikat pengangkutan awam yang terpilih. BERNAMA

Tiada ulasan: