Suara KeADILan
PULAU PINANG: Hari pengundian pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh yang jatuh pada 26 Ogos ini telah disytiharkan cuti umum negeri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng pada satu sidang media pagi ini.
Cuti umum istimewa ini diberikan kerajaan negeri kerana bagi memastikan pengundi-pengundi di Permatang Pauh dapat menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi tanpa sebarang masalah.
“Kerajaan negeri telah mempertimbangkan perkara ini sejak pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) dimana tarikh pilihanraya yang jatuh pada 26 Ogos dan ianya hari Selasa serta ianya menyebabkan peratus keluar mengundi akan menurun kerana hari tersebut adalah hari bekerja.” jelas Lim.
Pengumuman ini dibuat sehari selepas Kementerian Pendidikan mengumumkan cuti peristiwa bagi sekolah-sekolah di Permatang Pauh kerana bangunan sekolah digunakan sebagai tempat mengundi.
Menurut Lim lagi, cuti istimewa ini diambil sebagai cuti tambahan bagi negeri Pulau Pinang dan ianya tidak perlu digantikan dengan cuti yang lain. Beliau turut menyaran agar semua pengundi dapat keluar pada hari Selasa ini bagi mengundi.
Kerajaan negeri turut meminta kesemua kilang bagi membantu pekerja mereka di Permatang Pauh bukan sahaja dari segi kerja tetapi juga dalam menjalankan tanggungjwab dan hak mereka sebagai pengundi, ini adalah kerana pilihanraya ini juga akan menentukan hala tuju negari kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan