Isu kereta: Bagaimana isu ini bermula?  
 
Blog papar had jangka hayat kenderaan.
 
Miros kemukakan cadangan
15 November 2013
Lokasi: Melaka


ISU mengehadkan jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun hangat diperkatakan oleh rakyat di negara ini, selepas Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Wong Shaw Voon mencadangkan perkara tersebut.

Beliau membuat cadangan itu atas alasan kenderaan yang berusia lebih 12 tahun, tidak selamat di jalan raya serta boleh mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta baharu, selain terdedah kepada pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu.

Kontroversi kenyataan Timbalan Menteri Pengangkutan
17 November 2013
Lokasi: Sibu.


Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) perlu membuat pertimbangan teliti sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini ketika menjawab soalan wartawan mengenai saranan Dr Wong.

Beliau bagaimanapun berkata keputusan itu mungkin perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat.

Kenyataan dalam media baru
17 November dan 18 November 2013


Berkaitan dengan isu ini, kebanyakan pengamal media baru memberikan gambaran seolah-olah had jangka hayat kerajaan akan menjadi dasar baru kerajaan yang akan diputuskan tidak lama lagi. Ramai yang membantah cadangan itu kerana ia akan menyusahkan rakyat yang kurang berkemampuan tetapi masih memerlukan kenderaan seperti kereta atau lori untuk kegunaan mencari rezeki.

Mengehadkan jangka hayat kenderaan kepada hanya 12 tahun akan menyebabkan rakyat yang terhimpit oleh kenaikan kos hidup, akan lebih tertekan. Antara blog yang membantah cadangan itu termasuk http://melayumuda.wordpress.com, http://greenboc.blogspot.com, http://taipingmali.blogspot.com dan https://www.Tranungkita.net.

Respons Pembangkang
19 November


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyifatkan tindakan kerajaan untuk meletakkan had jangka hayat kenderaan sebagai tidak wajar dan menindas rakyat. Rafizi selaku Pengarah Strategik PKR menegaskan pihaknya akan menentang sebarang langkah ke arah itu selagi duti eksais tidak dihapuskan. Selain itu, harga kereta nasional juga katanya perlu turun setanding dengan model yang sama di negara lain.

Persepsi

Rata-rata rakyat percaya kerajaan akan memperkenalkan dasar melarang kenderaan yang berusia lebih 12 tahun beroperasi di jalan raya. Senario itu menimbulkan kebimbangan kepada rakyat kerana mereka terpaksa berdepan dengan beban hutang

Kenyataan Menteri Pengangkutan
19 November 2013


Pemangku Kementerian Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein  menerusi Twitternya bagaimanapun menegaskan bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan polisi untuk mengehadkan jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun sebagaimana yang digembar-gemburkan.