HALAMAN SANTAI

Sabtu, 2 November 2013

Jangan buat aktiviti risikan di kalangan rakan, kata Malaysia kepada Australia

OLEH LOOI SUE-CHERN






















Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (gambar) berkata risikan tidak patut dilakukan di kalangan negara rakan terdekat kerana ia boleh merosakkan hubungan yang sedia ada.

Beliau berkata demikian kepada Menteri Luar Australia, Julie Bishop pada satu majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Persatuan Persatuan Kerjasama Serantau (IOR-ARC) Ocean Rim Indian ke 13.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Wisma Putra semalam, Anifah menyatakan kebimbangannya terhadap laporan Sydey Morning Herald yang mendakwa Australia menggunakan misi diplomatik bagi kerja risikan di negara Asean.


 "Aktiviti risikan itu boleh merosakkan perhubungan sedia ada,"kata Anifah mengulas mengenai laporan berita yang mengundang kemarahan rakyat Malaysia.


Menjawab mengenai isu itu, Bishop berkata, ia bukan polisi kerajaan untuk memberi komen mengenai perkara risikan tersebut namun kerajaan Australia menerima kebimbangan yang dilahirkan oleh Malaysia.

Anifah berkata, Bishop memberi jaminan bahawa Australia akan meletakkan kepentingan yang tinggi dalam memastikan hubungan dua hala terjamin dengan Malaysia.

Kedua-dua menteri itu memahami bahawa persahabatan panjang yang terjalin di antara kedua-dua negara memerlukan mereka berkerjasama menangani situasi dan mengelak daripada menjejaskan hubungan dua hala.

Mereka juga bersetuju untuk meneruskan rundingan rapat serta mengadakan perbincangan mengenai perkara melibatkan kepentingan bersama secara kerap dan ini termasuk isu keselamatan selain mengalakkkan  tahap kepercayaan dan keyakinan antara kedua-dua negara.

Pada masa sama, Wisma Putra bertindak memanggil Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Joseph Y Yun dan Pesuruhjaya Tinggi Australia Miles Kupa untuk menyerahkan nota bantahan sebagai reaksi tindak balas berhubung aktiviti risikan yang dijalankan kedutaan  mereka di Kuala Lumpur .

Putrajaya berkata, siasatan akan dijalankan terhadap dakwaan risikan menggunakan kedutaan di Kuala Lumpur sebagai stesen pemantauan untuk menceroboh talian telefon dan rangkaian komunikasi, ekoran  pendedahan oleh  pemberi maklumat, Edward Snowden .

Seperti dilaporkan pada minggu ini, sumber pengintip Australia mengesahkan terdapat alat perisikan rahsia Xkeyscore seperti yang dinyatakan oleh Edward Snowden iaitu alat itu digunakan untuk mengintip di Malaysia dan negara Asia Pasifik yang lain.

Laporan terbaru tersebut merupakan dokumen rahsia yang dibocorkan oleh Snowden yang hidup sebagai pelarian dan berlindung di Moscow dan Rusia.

Snowden juga mendedahkan bahawa terdapat 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia, termasuk di kedutaan Amerika Syarikat di Jakarta, Bangkok, Phnom Penh dan Yangon.

Peta asalnya diterbitkan oleh majalah Jerman  Der Spiegel dan turut disiarkan oleh akhbar Australia Sydney Morning Herald dan Fairfax Media, The Age, bertarikh  13 Ogos 2010, bagaimanapun tidak menunjukkan kewujudan  kemudahan risikan seperti di Singapura, Australia, New Zealand, Britain dan Jepun ,iaitu negara yang dikenali sebagai sekutu Amerika Syarikat.

Selain Malaysia, laporan mengenai usaha intipan rahsia Amerika Syarikat mencetuskan kemarahan di banyak negara Asia lain.

Tiada ulasan: