HALAMAN SANTAI

Sabtu, 2 November 2013

Kempen PRK Sungai Limau dicemari replika kaki sebelah dipotong

Oleh Md Izwan

Replika yang ditemui disifatkan sebagai satu penghinaan dan provokasi pertama yang berlaku ketika kempen berjalan dengan tenang di Sungai Limau. Replika yang ditemui disifatkan sebagai satu penghinaan dan provokasi pertama yang berlaku ketika kempen berjalan dengan tenang di Sungai Limau.



































 



Semakin hampir dengan hari membuang undi, kempen pilihan raya kecil di Sungai Limau dicemari dengan kempen kotor apabila replika kaki sebelah dipotong yang ditemui digantung di Bukit Besar tengahari ini.

Insiden itu disifatkan sebagai satu penghinaan dan provokasi pertama yang berlaku ketika kempen berjalan dengan tenang di Sungai Limau.

"Pihak yang bertindak melakukannya untuk mendapatkan rasa simpati adalah sesuatu yang menjijikan dan tidak wajar.


 "Saya tidak mahu orang lihat Barisan Nasional (BN) berkempen dengan kotor," kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam satu sidang media di pusat operasi BN di Sungai Limau hari ini yang mengecam tindakan tidak bertanggungjawab tersebut.


Satu laporan polis juga telah dibuat oleh petugas BN hari ini selepas menerima laporan mengenai insiden tersebut yang berlaku betul-betul ditepi jalan pekan Bukit Besar.

Walaupun tidak mengaitkan insiden tersebut dengan mana-mana pihak, dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan arwah Tan Sri Azizan Razak yang mana sebelah kakinya telah dipotong sebelum meninggal dunia selepas menjalani pembedahan.

Jamil yang juga Ahli Parlimen Jerai tidak menolak insiden tersebut bertujuan untuk menimbulkan kemarahan kepada BN pada hari membuang undi nanti.

"Saya tidak mahu insiden ini dikaitkan dengan BN.

"Tidak menolak juga langkah jijik tersebut bertujuan menimbulkan kemarahan kepada BN," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu lagi.

Sepanjang tempoh kempen yang bakal berakhir esok, kedua-dua belah pihak BN dan PAS berkempen secara sihat dan tiada sebarang kontroversi yang tercetus.

Malah, kedua-dua belah pihak secara tidak langsung menyeru antara satu sama lain agar berkempen secara aman dan tidak mencetuskan provokasi sebarang tempoh berkempen.

Sungai Limau adalah kubu kuat PAS yang telah dimenangi mereka selama lima penggal.

Penyandangnya arwah Azizan adalah wakil rakyat dikawasan tersebut sejak tahun 1995.

Kerusi tersebut kosong selepas arwah Azizan meninggal dunia pada 26 September kerana jatuh sakit dan mengalami kegagalan organ.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, arwah Azizan memperoleh majoriti 2,774 undi berbanding majoriti sebanyak 3,212 undi yang diperolehnya pada tahun 2008 sebelum ini.

Beliau menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali dalam pertarungan empat penjuru. Dua calon bebas lain tewas dan hilang wang deposit mereka.

Tiada ulasan: