HALAMAN SANTAI

Ahad, 24 November 2013

Najib lawat Dr Mahathir di IJN

THE MALAYSIAN INSIDER





















Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mengunjungi Tun Dr Mahathir Mohamad di wad umum Institut Jantung Negara (IJN).

Najib dan Rosmah meluangkan masa lebih 30 minit bersama Dr Mahathir yang ditemani Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir berada dalam keadaan riang.

Bekas perdana menteri itu memberi respons baik kepada rawatan sejak dimasukkan ke IJN Sabtu lepas kerana jangkitan dada.

"Pasukan perubatan puas hati dengan kemajuan beliau," kata satu kenyataan dari pejabat Dr Mahathir hari ini.

Kenyataan itu menjelaskan bekas perdana menteri kini menjalani rawatan dan fisioterapi dada serta senaman.

Tiada ulasan: