HALAMAN SANTAI

Ahad, 24 November 2013

NGO buat laporan polis terhadap individu hina Raja-Raja Melayu

THE MALAYSIAN INSIDER



























Pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu di laman sosial.

Pengerusi persatuan itu Salleh Ismail berkata kenyataan pemilik akaun laman sosial itu (menggunakan nama Kumaran Muthiah) dianggap biadap dan boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan negara.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Lebuh Pantai di George Town, Salleh berkata tindakan menghina kesultanan Raja-Raja Melayu perlu dihentikan kerana ia boleh mengakibatkan perpecahan kaum di negara ini.

Katanya, setiap rakyat di negara ini perlu menyedari bahawa Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu itu adalah asas kepada keamanan dan kesejahteraan. – Bernama

Tiada ulasan: