HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 November 2013

Sg Limau kekal milik Pakatan bukti Melayu tolak Umno

Oleh Nazar Hashim


YAN : Kemenangan PAS dalam PRK Sg Limau membuktikan Melayu menolak Umno dan BN yang mengamalkan sikap perkauman.

Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar ketika ditemui selepas pengumuman kemenangan Mohd Azam Abd Samat.

menang 2

Malah katanya, kemenangan ini adalah tanda rakyat negeri Kedah sedia menolak Umno dan BN di bawah kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

“Ini merupakan hadiah dan rahmat dari Allah di tahun baru Hijrah, khususnya kepada umat Islam di negeri Kedah dan negara ini amnya.

“Pakatan mampu untuk mengembalikan kegemilangan pemerintahan dalam PRU ke-14 yang akan datang sepertimana yang berjaya ditunjukkan dalam PRU 2008 lalu.

“Langkah untuk kembali ke persada politik di Kedah pada pilihan raya umum yang akan datang, tidak mustahil untuk diraih kembali oleh Pakatan,” ujarnya lagi.

Tambahnya, kegagalan BN merampas kembali Sg Limau sebagai petunjuk awal rakyat tidak lagi termakan dengan politik murahan seperti pemberian anak ayam dan anak itik setiap kali menjelang pilihan raya.

Kekalahan ini juga jelas mempamerkan penolakan secara total orang Melayu yang menjadi majoriti pengundi dalam PRK kali ini.

“Pakatan yakin bukan saja hayat BN akan terhenti, malah kepimpinan Umno dan Mukhriz di Kedah tidak lagi mampu untuk bertahan lebih lama menjelang PRU ke-14 yang akan datang,” katanya lagi.

Tiada ulasan: