HALAMAN SANTAI

Selasa, 3 Disember 2013

Wakil rakyat Pas Selangor sedia untuk menambah potongan gaji

alt

Mahirah Zakaria


KUALA LUMPUR  - Wakil rakyat Pas Selangor sedia untuk menambah potongan gaji sebanyak 30 peratus setiap bulan sebagai sumbangan kepada parti ekoran kenaikan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Exco dan Menteri Besar negeri itu.

Memetik laporan HarakahDaily, ADUN Meru,Dr.Abdul Rani Osman berkata, selepas pilihan raya umum ke-12 tahun 2008 semua Adun PAS Selangor membuat ketetapan selaras dengan keputusan PAS Pusat menyumbang 30 peratus kepada parti.

"Kita telah lakukan potongan gaji sama ada exco dan Adun 30 peratus. 20 peratus untuk tabung negeri dan 10 peratus untuk tabung kawasan," katanya ketika ditemui di lobi Annex di Shah Alam hari ini.

Tambah Abdul Rani, pada tahun 2008 ADUN Pas telah memberi sumbangan kepada gaji kakitangan yang bekerja di Pusat Khidmat Masyarakat kerana gaji yang diperolehi sebanyak RM800 tidak mencukupi buat mereka membiayai kehidupan keluarga.

"Kita tambah gaji mereka sehingga ada yang mencecah RM1,500. Kita guna duit gaji kita sendiri," katanya.

Sementara itu,beliau turut menyokokng tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menaikkan gaji ADUN kerana duit mereka memang diagihkan kepada parti dan rakyat di kawasan masing-masing.

Tiada ulasan: