HALAMAN SANTAI

Selasa, 3 Disember 2013

MB Selangor gagal ikut prosedur kenaikan gaji, kata Pengerusi BNBBC

OLEH DIYANA IBRAHIM


Menteri Besar Selangor tutup kesalahan sendiri, kata Tan Sri Sharir Samad. Gambar The Malaysian Insider, 3 Disember, 2013.Menteri Besar Selangor tutup kesalahan sendiri, kata Tan Sri Sharir Samad. Gambar The Malaysian Insider, 























Tan Sri Sharir Abdul Samad menyelar tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mencadangkan kenaikan gaji perdana menteri dan ahli Parlimen kerana ia merupakan tindakan untuk menutup kesalahan sendiri.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu berkata, Khalid mengambil tindakan seumpama itu berikutan menteri besar berkenaan sedar beliau tidak mengikut prosedur ketika menaikkan gaji ahli dewan di Selangor.

"Sekiranya proses pelaksanaan itu mengikut sistem yang betul maka tidak adalah rungutan daripada Ahli Parlimen Gombak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang mendakwa langsung tidak tahu menahu mengenai jumlah kenaikan gaji sehingga diumumkan.

"Jadi beliau mencadangkan kepada sidang Dewan Rakyat untuk turut mengkaji semula gaji ahli Parlimen bagi menutup kesalahannya," kata Shahrir pada sidang media hari ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, pengiraan yang betul dalam mengkaji semula kenaikan gaji ahli Parlimen adalah dengan menggunakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebagai indeks

Tiada ulasan: